Friday 26 January 2018

SET KULIT BERMINYAK & BERJERAWAT

Tips atau Cara Mengatasi Kulit Berminyak dan Berjerawat



Entry ini Terapis Lin nak menceritakan tentang Tips mengatasi kulit berminyak dan berjerawat supaya anda dapat mengelakkan masalah ini mencacatkan penampilan kulit anda. Moga ini dapat membantu anda dan orang tersayang.

                          

Punca atau kulit berminyak dan berjerawat


Jerawat akan muncul bila minyak / sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Anda perlu mengetahui bagaimana jerawat boleh muncul di ruang muka anda.

1. Membersihkan muka terlalu kerap
- Ramai yang melakukan ini. Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. 
- Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. Apa yang perlu anda buat, cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
- Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. 
- Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3 kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.
3-Tidak membersihkan peluh
- Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh-peluh. 
- Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
4-Picit jerawat
- Ini sangat normal dilakukan bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan meninggalkan parut. 
- Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan losyen jerawat, untuk kecutkan jerawat . Cari maklumat cara picit jerawat yang betul daripada sumber yang betul.
5-Syampu rambut yang meleleh ke muka
- Bersyampu tidak salah. Tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. 
- Sebab syampu mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. Oleh itu, pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
- Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. 
- Ini bagi mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. 
- Elakkan gel, spray, conditioner dan lain-lain terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
- Greasy food boleh menyebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.
8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
- Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. 
- Bila nak beli mekap, pastikan beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
- Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu satu tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh. 
- Untuk mengelakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut saranan doktor atau amalkan supplement untuk mendapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
- Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat.
- Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. 
- Jadi, kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Sebelum cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.
- Oleh itu, elakkan menggunakan cara-cara yang tidak dibenarkan di atas bagi mengelakkan munculnya jerawat di wajah anda.

Tips atau cara atasi kulit berminyak dan hilangkan kulit berjerawat

                         


1  Menjaga Kebersihan
Cuci wajah anda pagi selepas bangun tidur dan malam sebelum tidur !
- Kotoran dan debu yang menyumbat pori-pori kulit wajah dapat menyebabkan jerawat. 
- Jika wajah anda kotor semasa tidur, proses pembaharuan sel kulit muka anda boleh terganggu. 
- Sel-sel kulit mati dan kotoran hendaklah dibersihkan setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan liang pori tersumbat.

2.  Hindari Penggunaan solekan yang terlalu tebal 
- Solekan yang padat dan berlapis-lapis akan menyumbat pori-pori kulit wajah anda, sehingga dapat memberikan potensi jerawat yang lebih. 
- Selain itu, kosmetik yang padat dan berlapis-lapis akan menghalang kulit wajah anda untuk bernafas. dengan lebih lancar. 
- Bagi anda yang masih berusia remaja atau awal dewasa, BB cream boleh menggantikan foundation untuk kosmetik yang lebih ringan.


3.  Menggunakan Masker Madu
- Gunakanlah masker wajah dari madu. Madu memiliki kandungan yang sangat baik untuk menutrisi kulit muka tanpa membuatnya kering, sekaligus dapat menyembuhkan jerawat yang timbul pada wajah. 
- Cara penggunaannya pun sangat mudah, mula-mula bersihkan muka anda sebelum menyapu masker. Kemudian sapukan madu secara langsung pada baghagian mukq yang berjerawat. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas. 
- Bagi orang yang mempunyai kulit yang berminyak, boleh menggunakan madu yang dicampur dengan air perahan lemon, dan sapukan pada seluruh permukaan muka anda.

4. Menggunakan Limau Nipis atau Lemon
- Limau nipis atau lemon ; Kedua-dua buah bewarna kekuningan ini memiliki kandungan asam dan zat aktif yang dapat menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah. 
- Kandungan vitamin C di dalamnya juga dapat merangsang proses pembaharuan sel kulit pada muka. Caranya juga mudah, untuk jerawat, anda boleh menggunakan air perasan limau nipis atau lemon, lalu usapkan pada bahagian yang berjerawat menggunakan kapas lembut. 
- Sementara untuk kulit berminyak, usap-usapkan bahagian dalam kulit lemon atau limau nipis yang sudah diperah pada seluruh permukaan muka.  Biarkan sebentar sebelum dibilas bersih dengan air sejuk.

5. Amalkan Air Putih
- Akhir sekali, amalkan air putih secara cukup. 
- Air putih sangat baik untuk melancarkan metabolisme dan sistem pada tubuh yang lain, sehingga sangat penting untuk tubuh anda termasuk untuk muka. 
- Air putih dapat membantu menyerap nutrisi yang masuk ke dalam tubuh, salah satunya yang akan ditujukan untuk kulit muka anda. Selain itu, dengan mengamalkan air putih juga dapat menghilangkan jerawat kerana mampu membantu proses pembinaan sel kulit dan melembabkan kulit secara alami.
Nah, itulah beberapa Tips atau cara atasi kulit berminyak dan hilangkan kulit berjerawat. Bagaimana? Sangat mudah untuk dilakukan dan dipraktiskan, bukan?


Supplement untuk kulit berminyak dan berjerawat



1. Vitamin B-Complex Shaklee

- Vitamin B-Complex Shaklee merupakan vitamin B paling lengkap dengan kesemua 8 komponen yang dapat memelihara kulit hingga sihat.


- Vitamin B-Complex mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah.


- Vitamin B-Complex juga dapat mengawal kadar hormon dan mengimbangkan pengeluarkan minyak supaya kekal lembab semulajadi.



[2:51:0




2. Vitamin C Shaklee atau Vita C Plus


-Vitamin C Shaklee atau Vita C Plus mengandungi teknologi “sustained release” yang membolehkan Vitamin C diserap ke dalam tubuh secara per jam. Vitamin c sangat penting untuk kuatkan imun sistem tubuh


- Apabila kulit dijangkiti kuman yang menyebabkan jerawat, vitamin c sangat diperlukan untuk melawan kuman tersebut daripada terus membiak.




3. ESP Shaklee

- Merupakan sumber protein soya non-GMO yang sangat berkhasiat dan bermutu tinggi. 


- Protein sangat penting kerana ia merupakan bahan utama yang perlu ada dalam pembinaan sel - sel kulit muka yang baru dengan lebih cepat dari biasa.






5. Vivix Shaklee 

Vivix Shaklee sangat terkenal dengan khasiatnya yang dapat membantu dan melindungi sel daripada rosak.
- Vivix dapat membantu masalah kulit dari dalam untuk membunuh kuman penyebab cel dan jerawat.
   




Set kulit berminyak dan berjerawat Shaklee

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Terapis Lin untuk konsultasi mesra :)
Cara atasi masalah kulit anda.
InshAllah, kami akan usaha untuk bantu anda.
Hubungi : 014 5343422 (whatsapp/call/sms)
COD : Kuala Terengganu, Chendering, Marang
Poslaju : Seluruh Malaysia.

4 comments:

  1. Guna madu ya untuk kulit minyak...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. tak sangka syampu yang meleleh terkena muka pun boleh jadi penyebab jerawat ye. selalu biarkan aje hihi. thank you atas info berguna ni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info, sy memang ada problem kulit berjerawat sehingga sekarang. Alhamdulillah, dah makin kurang. Masih dalam proses sebab setiap kali pregnant inilah masalahnya.

    ReplyDelete